Wednesday, September 29, 2010

Selamat Hari Raya!

yang dipetik dari http://dyldonvito.livejournal.com
bertajuk "Bermakna?"


erti persahabatan:
yang bersama temani riang,
berbalas selang tawa
tangan ringan beralas bahu,
beriring sambil langkah bersama.
yang walau jarak berbilang angka,
seakan saat sebentar jumpa.

tika muhibah datang melanda,
sahabat tetap sedia ada,
walau dilamun, pinta kerjaya,
takkan tertanam kuping telinga,
hanya terdiri di tengah antara,
jejari yang segan menekan angka.

- - - -

aku, punya yang lebih baik dari itu.
yang bercakar, berbahas kasar,
yang menelan, berdiam sahaja,
yang senantiasa tersenyum lebar,
yang tersipu sembunyi gundah,
yang perut sekuali besar,
yang panjang ukuran galah,
yang gelap lawannya cerah,
yang pasti,
ikatan, darah.

"ini blood gua."

walau yang mengalir di urat sendi,
bukan titis daging sendiri.
namun, persahabatan ini,
tidak kurang nilai erti.

rakanku, sahabatku, adikku, abangku.
jangan sesekali kita lupa.
kita mencipta, biarlah ia terus tercipta.


Selamat Hari Raya wahai sahabat, semoga kita berjumpa di hari Ahad 3hb Okt ini.
Yang tidak dapat bersama, atas keperluan perkhidmatan negara atau sebab tersendiri,
tak semestinya raya baru kena jumpa pe, naik lemak eh korang semua. Ahahahaha.
Lain hari pun ada, book cage ke, tgk wayang ke, berbual kunik ke. No hal punyaa..
Raya setahun sekali, setiap kali raya tinggalkan kita, aku will always look forward to the next.
Pasal tu je masa yang aku akan dapat tengok semua tampak bergaya, dan kenal dengan ahli2 keluarga. Dengan harapan raya tahun ini tidak kurang meriahnya. Ni last kopek hujung2 jubs punya, let's close this festive season with a bang! Yang bingit, yang merajuk, yang tak puas hati, yang malas nak layan lagi, semua tolak tepi. Braers tetap Braers, lu langgar, lu nak mati?

Btw, t-shirt nye hal, kasi gua habis raya mood dulu baru gua proceed. Hehe. jangan maraaahh haaaaaaa...

-Hydil Ah Kwok!-