Wednesday, August 6, 2008

Kerana pulut, santan binasa.. Kerana mulut, hati terluka..

Dalam perbualan harian, mungkin ada di antara kita yang terlepas cakap.
Memang tak dinafikan yang manusia tidak boleh lari dari kesilapan..
Tapi, kesilapan yang kita buat itu, harus lah kita memperbaiki dan tidak mengulanginya lagi.
Mengapa topik ini yang aku pilih secara tiba-tiba ialah, mungkin dalam persahabatan yang erat, secara tidak sengaja kita telah menepis rasa hormat untuk kawan seperjuangan.
Bukan saya nak mengatakan bahawa saya tak pernah berbuat sedemikian, tidak.
Tapi, atas dasar kesal atas kesilapan ku. Sebab itulah saya meluahkan perasaan untuk renungan semua.

Kita harus sedar bahawa sejurus kita melafazkan atau mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan, tak dapat kita ubah keadaan. Mungkin kita lihat raut wajahnya seolah-olah tidak kisah akan kata-kata kita. Tapi ingat, isi hati manusia tiada siapa yang tahu melainkan dirinya sendiri dan ALLAH SWT.
Hormat untuk seseorang rakan bukan hanya terletak pada menjaga hati dan perasaannya. Tetapi, belajarlah menghormat untuk mendengar akan pandangan nya sebelum dibidas atau disokong. Masing-masing mempunyai pendirian, pandangan panduan hidup yang berbeza. Andai kita sahabat yang sejati seikhlas hati, kita juga harus menghormatinya biarpun mungkin kita rasa caranya salah.

Tidak salah untuk memberi nasihat atau pandangan yang berbeza kepadanya. Asalkan kata-kata yang kita hendak ucapkan haruslah betul. Dan jangan pula hingga seolah-olah memaksa shabat kita untuk menukar pandangan atau caranya kepada yang diempunya kita.
Cara pemikiran manusia juga berlainan, jangan dianggap yang sedang dinasihati itu bodoh hanya kerana dia mempunyai pandangan atau cara yang lain. Ia berlaku hanya kerana cara pemikiran kita yang berbeza. Barangkali cara pandangan kita yang salah.
Dan seperti mana kita hormat akan ibu bapa kita, hormatilah juga pada ibu bapa sahabat kita. Kerana ia hanya akan menunjukkan cara pendidikan asas yang diberi kepada kita.
Akhir sekali, seandainya ada peluang untuk kita meminta maaf kepada sesiapa yang hatinya telah kita lukakan, mintalah kemaafan dari dia. Seandainya dia terima atau tidak, itu hak dirinya sendiri. Takut-takut kita tak dapat peluang untuk meminta maaf dari dia.
Ingatlah teman, HORMAT ialah salah sebuah asas untuk membina persahabatan,eratan keluarga yang kukuh. Tiada siapa yang dapat lari dari melakukan kesalahan, andainya kata-kata saya telah menyinggung perasaan anda yang membaca. Saya meminta maaf kerana itu bukan niat saya.

Saya harap, dengan ini, pertalian antara sahabat-sahabat dan ahli keluarga masing-masing semakin erat bila kita bermula saling menghormati. AMIN